Friday, August 14, 2009

KELEBIHAN MEMINUM AIR MASAK KETIKA PERUT KOSONG

Buat pengetahuan anda, amalan meminum air masak sejurus bangun tidur pada waktu pagi ini begitu popular kat negara Jepun. Kajian saintifik juga telah membuktikan keberkesanannya. Ada diantara kita yang sering mengambil mudah dalam hal ini.

Tetapi jika kita mengambil langkah awal, kaedah ini sebenarnya memang berkesan. Ia telah terbukti berjaya secara 100% oleh persatuan perubatan Jepun (Japanese Medical Society) untuk merawat gejala penyakit seperti berikut :-

Sakit/pening kepala, sakit-sakit badan, artritis, degupan jantung yang laju, epilepsi, kegemukan, TB, meningitis, sembelit, diabetes, penyakit mata, barah dan kitaran haid tak menentu, penyakit mulut/hidung/tekak dan banyak lagi sebenarnya.

KAEDAH RAWATAN

1. Sewaktu bangun tidur pada waktu pagi dan sebelum menggosok gigi, terus minum air masak sebanyak 4 gelas. (4 x 160ml)

2. Selepas itu basuh mulut dan gosok gigi tetapi jangan makan atau minum dalam masa 45 minit.

3. Selepas 45 minit baru anda boleh makan dan minum seperti biasa.

4. Selepas 15 minit anda bersarapan/makan tengahari/makan malam, jangan sesekali makan atau minum benda lain dalam masa 2 jam.
(bermaksud kalo nak mentekedarah benda lain, pastikan tekedarah dalam masa 15 minit selepas sarapan/makan tengahari/makan malam tu..lepas 15 minit tu, kene tunggu 2 jam baru leh tekedarah bende lain..)

5. Bagi mereka yang sudah tua dan tidak mampu minum 4 gelas air masak sekaligus, boleh mengambil dalam kuantiti yang sedikit dahulu seperti satu gelas dan secara perlahan-lahan boleh beransur-ansur sehingga 4 gelas sehari.

Kaedah rawatan di atas ini boleh meyembuh/mengurangkan berbagai-bagai penyakit dan secara tidak langsung anda telah mengamalkan gaya hidup yang sihat!

Disini saya sertakan sekali bilangan hari bagi rawatan yang diperlukan (mengikut kaedah rawatan minum air masak ni) untuk menyembuh/mengawal/mengurang penyakit-penyakit yang berat :

*Tekanan darah tinggi – 30 hari
*Gastrik – 10 hari
*Diabetes – 30 hari
*Sembelit – 10 hari
*Barah – 180 hari
*TB – 90 hari
*Artritis - Bagi pengidap penyakit ini adalah disarankan mengamalkan rawatan ini selama 3 hari untuk minggu pertama dan minum pada setiap hari untuk minggu kedua dan seterusnya.

Kaedah rawatan ini dijamin tiada kesan sampingan lain. Walaubagaimanapun, bagi anda yang baru hendak mengamalkan kaedah ini, mungkin anda akan kerap berasa ingin buang air kecil.

Mungkin ada diantara anda menganggap ia melecehkan. Tapi kalau kita paksa diri untuk amalkan selalu, lama-lama ia akan menjadi satu amalan atau rutin yang kita tidak boleh tinggalkan. Bak kata pepatah melayu, "Alah bisa tegal biasa".

Ingatlah.. sesusah dan seleceh manapun amalan ini, ia adalah untuk kebaikan dn kesihatan diri kita juga.. cegah sebelum terlambat...

Thursday, August 13, 2009

Isu Arak Di Selangor

'Self Regulation'? Bukan ker arak tu ibu kepada kemaksiatan dan kejahatan? Kita tahu arak tu bukannya membawa kebaikan malah kehancuran kepada kehidupan sosial dan kemasyarakatan.

Anda membenarkan arak dijual merata-rata dan pada masa yang sama menyalahkan umat Islam yang kurang didikan agama pula?

Aku terfikir apa akan jadi kalau 'Trafic Light' juga ditiadakan dan dibuat 'Self Regulation' iaitu dengan kaedah kawalan diri sendiri. Oklah, aku bg contoh lain yg lebih kurang sama la.. Ambil contoh dadah. Apa akan jadi kalo dadah dibenarkan dijual sesuka hati mak bapak. Pada masa yang sama rakyat disedarkan dengan keburukan dadah. Bukankah kontradik kedua-dua tindakan ini.

Islam mengajar kita memperbetulkan keadaan dengan tangan (kuasa), dengan perkataan dan dengan hati (selemah-lemah iman). Aku ingatkan bila Pakatan Rakyat amek aleh pentadbiran negeri, dapat lah diorang perbetulkan amar makruf nahi mungkar melalui kuasa yg mereka ada..

tapi hampeh.. duk sedap kutuk org tp die pon same gak 2x5... Apa yang berlaku lagi teruk.. Mungkin perlu diterjemahkan dalam PilihanRaya Umum-13 nanti? Undi DAP lagi, Lu pikirlah sendiri...

Monday, July 27, 2009

Mat Gay



Walaupon bagi saya isu ni dah lama, tapi ianya tidak penah habis. Mungkin takkan habis.

Terutama kewujudan golongan-golongan ‘mat gay’ yg kian bersarang di atas muka bumi ciptaan yg maha agung ini..

Gejala gay kini betul-betul semakin parah. Pergi sahaja dimana-mana mesti ada sahaja kelibat lelaki berjalan berdua-duaan dengan berpegangan tangan dan berpelukan sesama lelaki. (Sekali pandang rasa nak muntah hijau pon ade. Dua kali pandang rasa nak cirit lembu pon ade jugak)

Saya berani katakan fenomena ini kian parah lantaran kedengaran sudah wujudnya website gay melayu dan persatuan/komuniti gay kt malaysia ni. Nauzubillah..

Tidak dinafikan, ade juga mat gay (ataupun lebih senang saya panggil ‘makhluk halus’) yg sanggup bertindak keterlaluan untuk memikat pasangannya. Sehingga ada yg menggunakan cara kotor seperti sihir ataupon lain2 cara yg halus utk memikat mangsa. Mengikut apa yg pernah saya dgr, ade juga ‘makhluk halus’ ni yg sanggup bertindak kasar jika tak berjaya memikat lelaki yg mereka minat spt memeras ugut, mencederakan mangsa. Ada juga sampai ke tahap cubaan membunuh teman wanita kpd lelaki yg mereka minat akibat terlampau ‘desperate’.

Saya juga tidak terkecuali dari menjadi mangsa gangguan ‘makhluk halus’ mcm ni. Tapi alhamdulillah saya dapat atasinya dengan izin yg maha esa.
Bila direnung kembali, kadang-kadang terasa juga nak singgahkan kaki saya ni ke anak tekak diorang.. Org mcm ni mmg patut kene tapak ngan safety boot je.. Tapi bukan bidang kuasa saya nak hukum diorang..

Pesanan saya untuk mereka ringkas sahaja. Sedarlah wahai manusia.. Kita dah banyak sangat melakukan kerosakan dan dosa atas bumi tuhan ini.. Tolong lah jgn tambah lagi kejahilan diri anda. Jangan disebabkan anda, bumi ini binasa kembali seperti zaman nabi luth.

"Maka mereka dibinasakan oleh suara keras yang menguntur, ketika matahari akan terbit. Maka Kami jadikan bahagian atas kota itu terbalik ke bawah dan Kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang keras. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang memerhatikan tanda-tanda. " (Al-Hijr, 15: 73-75)

Cara jawab soalan yang kerap ditanya...

* Anda berader di stesen bas dan rakan anda ternampak sambil
bertanya: “Tunggu bas ke?”


¤ Anda harus menjawab: “Taklah aku tengah tunggu helikopter, lambat plak ari nie ye

* Anda baru bangun tido dan hendak pergi ke bilik mandi dgn bertuala untuk mandi dan rakan sebilik anda bertanya: “Ko nak mandi ke?”

¤ Jawab : “Taklah aku nak pi main lelayang kejap, ko nak join?”

* Anda sedang menulis surat dan rakan anda menegur: “Aik? tulis surat nampak?”

¤ Jawab : “Oh ye ke? aku tak prasan ah…tangan aku bergerak sendiri

* Anda sedang makan nasik dan orang tegur: “Makan nasik?”

¤ Jawab : ” Mata ko buta ke per? Kan aku tengah minum teh ais nie?”

* Anda baru pulang dari kerja dan jiran anda bertanyer: “Baru balik dari keje?”

¤ Jawab : “Taklah, saya dari rumah, nak pi keje lah nie…opis saya dah pindah kat rumah..dan rumah saya dah pindah kat opis”

* Anda sedang sibuk buat kerja dan rakan sepejabat menegur: “Eh kau sibuk ke?”

¤ Jawab : Takyah jawab, peratikan muker dia sambil kembang kempiskan lubang hidung anda sehingga dia berasa gelisah.

* Anda sedang menonton tv ceriter melayu, rakan anda datang lalu bertanyer: “Eh citer melayu ke?”

¤ Jawab : “Bukanlah, nie kan citer Otromen Taro menentang Raksaser dari Planet X…ko tunggu jap nanti otromen kuar”.

Fakta Yang Korang Tak Ambil Peduli

1. Kondominium tidak ada kena mengena dengan kondom. tetapi di kondominium kita boleh dapat banyak kondom terpakai.

2. Aurat dan urat adalah dua benda yang berbeza. Namun begitu, apabila melihat perempuan yang mendedahkan aurat, urat lelaki akan krem di sesetengah kawasan.

3. Kuih tat enak di makan. Tapi apabila kita makan lapan keping kuih tat, kita mungikin dituduh mencarut. Kalau tak percaya, cuba kira satu tat, dua tat, tiga tat, sampai lapan.

4. Sesetangah orang memanggil cili sebagai cabai. Tapi kalau mulut nak kena cabai, cuba la cakap cibai kat depan orang tua-tua.

5. Si Bosia dan Bojan dipandang hina oleh masyarakat. Namun begitu si Boroi yang makan duit rakyat mendapat sanjungan.

6. Ramai orang lelaki takut kalau-kalau mati pucuk. Tapi tak takut kalau-kalau mati esok.

Monday, June 22, 2009

Katakan tidak pada rokok....


Dengan bangganya saya nak umumkan bahawasanya kini saya telah berhenti merokok serta-merta. Usaha ini telah terjalin dgn jayanya selama 3 bulan.

Walaupon 3 bulan tu tidaklah selama mana dan ada orang mengatakan ‘setakat tempoh percubaan’ tapi saya tetap berpuas hati.

Kenapa saya rasa puas?

Ini kerana sebelum ini saya adalah seorang yang sgt kuat merokok. Di mana satu hari sahaja saya mampu menghisap sehingga 20 batang rokok sehari. Saya akan kuat merokok bila berada di samping rakan2 tak kira samada lepak dikedai mamak ataupon dimana-mana. Saya juga akan kuat merokok bila terasa penat selepas membuat sesuatu kerja yg berat.

Apa yg mendorong saya berhenti?

Terdapat byk sebab utk saya berhenti. Cukuplah saya kongsikan 2 sebab sahaja disini.

Sebab pertama : Atas faktor perancangan ekonomi masa depan. Ini kerana sekotak rokok yang saya beli dengan purata harga RM 5 sekotak (bukan harga terkini), saya telah menghabiskan lebih RM 1200 setahun untuk beli rokok sahaja!! Betapa bernilainya wang sebanyak tu kalo saya simpan di ASB atau apa2 pelaburan yg selamat. Siap leh berkembang lagi duit tu.

Sebab ke dua : faktor kecergasan. Saya seorang yg gemar bersukan. Terutama dalam sukan renang dan jogging. Sukan2 ini memerlukan tahap kecergasan dan stamina yang tinggi. Jadi untuk mengekalkan tahap kecergasan di tahap yang tinggi, dgn nekad dan tanpa toleh ke belakang, saya telah mengambil keputusan untuk berhenti merokok.

Syukur alhamdulillah kini saya mampu untuk menahan diri dari segala dugaan dan cabaran yg boleh membuatkan saya merokok kembali walaupon duduk semeja dgn kalangan mereka yg merokok. Kini gelodak nafsu saya untuk merokok semakin kurang!

Dan kini hidup menjadi lebih sihat dan ceria tanpa sedutan asap rokok yg membunuh!

Sunday, June 21, 2009

Sekadar Muqaddimah Pembuka Bicara

Assalamualaikum,


Alhamdulillah, syukur ke Hadrat Ilahi yang telah memberi kelapangan dan membuka segala kesulitan untuk membolehkan saya hasilkan blog sendiri.

Dengan terciptanya blog ini, dapatlah saya mencipta sedikit ruang untuk saya coretkan sedikit nukilan tentang apa sahaja yg lahir dari suara hati saya yg saya fikir wajar untuk kita kongsi demi manfaat bersama.

“sharing is caring….”

Sekian dulu siaran untuk kali ini….


Wassalam